Engkaulah Apa Kau Fikirkan

Tentu kita semua biasa dengan lagu yang bertajuk, “Kau Boleh!” ini. Sejak kita di bangku sekolah lagi, lagu ni sering dimainkan di kursus-kursus motivasi, bagi menaikkan semangat para pelajar untuk berusaha menjadi yang tebaik, menanamkan keyakinan boleh berjaya dalam diri. Beruntunglah mereka yang benar-benar menghayatinya, merugilah mereka yang hanya menyanyi tanpa mengambil pusing bait-bait lagu ini.

http://www.youtube.com/v/ldfszEX2WI8?fs=1&hl=en_US&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f

Continue reading

Advertisements

Akhi wa ukhti, hal ana laisa akhuk?

Hmm, apa agaknya yang ingin disampaikan penulis yek untuk post kali ini…

Bagi yang memahami bahasa arab, tiada masalah untuk anda memahami persoalan yang cuba saya lontarkan kali ini. Bagi yang tidak memahami soalan di atas, Insya’Allah, selepas meneruskan pembacaan artikel kali ini, anda juga akan faham ERTI soalan di atas.

“Akhi wa ukhti, hal ana laisa akhuk?” Continue reading

Bila malas menjelma

Dalam meniti kehidupan ini, kadangkala kita tak dapat nak lari daripada munculnya perasaan malas dalam hati.

Malas nak pergi sekolah.

Malas nak menggosok baju.

Malas nak mengemas rumah.

Malas nak solat rawatib.

Malas nak berdoa.

Dan macam-macam lagi.

Malas yang entah datang dari mana ini mengganggu sistem kehidupan normal kita, menyebabkan beberapa perkara yang kita rancangkan tergendala. Malah yang lebih memburukkan keadaan apabila timbul perasaan malas kita untuk beribadah kepadaNya. Kita nak berubah, tapi kita tak tahu dari mana harus dimulakan. Continue reading

Bila aku merindu…

Bila hatiku tiba-tiba merindui seorang mujahid

Aku meletakkan sepenuh kepercayaanku padaNya

Timbul rasa tidak layak apabila memikirkan keadaan diri yang serba kekurangan

Ya Allah, temukanlah aku dengan seorang suami ahli Syurga

Saat aku merinduinya, lebih kuat aku bermunajat kepadaMu

Lebih pantas aku meningkatkan dan memperbaiki keperibadianku

Ya Allah, hanya Engkaulah penyusun terbaik buatku…

Seiring dengan peningkatan umur barangkali, hati kadangkala merindu. Merindui mujahid yang akan memimpin tanganku ke syurga bersamanya. Namun, apalah daya yang ada pada diri seorang wanita. Continue reading

Oh, Malaysiaku Tercinta!

“Excuse me, what can we eat between all this?”

“oh..we can only eat the squid, fish, and this one.”

“What about the meat?Is it beef?Could we eat it?”

“No, we can’t eat that one.”

“oh..is it pork?”

“No, its not.”

“Then, why can’t we eat it?”

“Because it is not properly cut.”

“ha?”

“Let’s just not eat it..”

Semalam penulis berpeluang untuk mengikuti rombongan yang dianjurkan pihak university untuk ryugakusei(foreign student). Kami dibawa melawat kawasan pantai di Jepun sambil bersama-sama menarik jala dengan nelayan di kawasan tersebut. Setelah itu, diadakan pula sesi barbeque beramai-ramai di tepi pantai. Menikmati udara nyaman, suasana pantai yang cantik, beserta santapan yang menyelerakan benar-benar satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Namun bukan itu yang ingin dikongsi pada entri kali ini. Dialog di atas sering mengganggu minda penulis. Continue reading

Ramadhan dan Syawal-ada apa di sebaliknya?!

Syawal sudah lebih seminggu menjelma bermaksud sudah lebih seminggu jugalah Ramadhan al-Mubarak tahun ini pergi jauh meninggalkan kita buat selamanya. Bagaimana dengan mutu amal ibadah kita di bulan syawal ini? Adakah kita masih mampu untuk meneruskan tadarus Al-Quran serta qiamulail sekurang-kurangnya sepertimana yang telah kita laksanakan semasa Ramadhan bertamu sebelum ini? Kalau kita masih mampu bertahan dengan godaan syaitan yang menggila, insya’Allah itu adalah petanda amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah S.W.T.

Post kali ini bukanlah ingin bercerita mengenai fadhilat Ramadhan yang telah pergi mahupun kelebihan Syawal yang kita sedang harungi, Continue reading

Sekurang-kurangnya…

Sekurang-kurangnya. Selalu dengar perkataan ni? Kalau dalam bahasa inggeris, kata yang semaksud adalah ‘at least’ dan kalau dalam bahasa Jepun pula, ‘すくなくとも’[sukunakutomo]. Perkataan ni sering digunakan untuk menetapkan syarat yang paling minimum untuk sesuatu perkara. Namun ia tidaklah terhad kepada syarat sahaja, boleh juga digunakan untuk perkara lain asalkan membawa kepada maksud yang sama. Untuk lebih memahami, perhatikan ayat-ayat dibawah,

‘Sekurang-kurangnya anda perlu memiliki SPM untuk memohon..’

‘At least, you must posses B2 license to apply..’

少なくとも、二つの理由を述べなさい。’ [sekurang-kurangnya anda mesti mengemukakan dua sebab]

Begitulah sedikit sebanyak tentang perkataan ‘sekurang-kurangnya’.

Continue reading