Engkaulah Apa Kau Fikirkan

Tentu kita semua biasa dengan lagu yang bertajuk, “Kau Boleh!” ini. Sejak kita di bangku sekolah lagi, lagu ni sering dimainkan di kursus-kursus motivasi, bagi menaikkan semangat para pelajar untuk berusaha menjadi yang tebaik, menanamkan keyakinan boleh berjaya dalam diri. Beruntunglah mereka yang benar-benar menghayatinya, merugilah mereka yang hanya menyanyi tanpa mengambil pusing bait-bait lagu ini.

http://www.youtube.com/v/ldfszEX2WI8?fs=1&hl=en_US&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f

Continue reading

Akhi wa ukhti, hal ana laisa akhuk?

Hmm, apa agaknya yang ingin disampaikan penulis yek untuk post kali ini…

Bagi yang memahami bahasa arab, tiada masalah untuk anda memahami persoalan yang cuba saya lontarkan kali ini. Bagi yang tidak memahami soalan di atas, Insya’Allah, selepas meneruskan pembacaan artikel kali ini, anda juga akan faham ERTI soalan di atas.

“Akhi wa ukhti, hal ana laisa akhuk?” Continue reading

Abu Jahal Alim Orangnya

Kita dibesarkan dengan cerita Abu Jahal sebagai seorang yang jahil menolak Islam secara mentah-mentah. Kita difahamkan disebabkan beliau gagal mengenal Allah itu sebagai Tuhan,beliau kufur dengan ajaran Rasulullah.Tapi,cuba kita renungkan sebentar,kenapa manusia menolak kebenaran walhal sudah beribu macam bukti ditunjukkan kepadanya. Pada pendapat saya,2 sebab,samada dia masih tidak faham dengan agama atau dia takut dengan agama Islam.Takut yang macamana?

Continue reading

Senyumlah Pada Dunia!

Senyumlah! -imej oleh wetflame Devian art

Secawan Mutiara Kata

“Jadilah kamu seperti sepohon pokok. Mereka melempari kamu dengan batu, kamu menggugurkan kepada mereka buah yang ranum”

Imam as-syahid Hassan al-Banna

Kata-kata Imam Hassan al-Banna ini telah menyentuh perasaan saya. Tatkala itu, saya berhenti berfikir sejenak maksud yang ingin disampaikan. Maksudnya, sekiranya kita disakiti, maka kita harus membalas kepada mereka dengan kebaikan.

Sekali lagi membuatkan kita berfikir.

“Kenapa mesti buat baik pada orang yang dah menghina dan menyakiti kita? Baik dibalas baik. Buruk mesti dibalas buruk!”

Continue reading

Kita Kan Kawan!

Masa kecil-kecil dulu,kita ada ramai kawan di kampung. Kita gembira, setiap hari ada saja permainan baru yang boleh kita main sama-sama. Daripada main pondok-pondok sampailah main congkak. Kadang-kadang kita bergaduh sebab berebut alat nak main masak-masak. Ada waktu kita mengalah dengan kawan kita. Ada waktu kawan kita yang kena mengalah dengan kita.

Apabila kita melangkah masuk ke sekolah rendah. Kawan kita semakin bertambah. Kali ini bukan hanya dari kampung kita, tapi dari kempung-kampung sebelah. Ada juga kawan dari negeri luar yang baru berpindah masuk ke sekolah kita. Waktu ini lagi seronok, kalau boleh hari-hari nak ke sekolah sebab boleh bertemu rakan-rakan yang ramai. Bayangkan satu kelas, kita ada 40 orang kawan. Lagi lah kita seronok nak main sama-sama kan? Belajar pun jadi bersemangat sebab semua nak berlawan dapatkan nombor satu dalam peperiksaan. Ketika sekolah rendah ini, kalau gaduh pun mungkin sebab berebut bola semasa bermain bola jaring. Mungkin bergaduh bila ada rakan menolak kita sehingga jatuh ketika bermain. Lepas tu kawan balik.

Continue reading

Bila aku merindu…

Bila hatiku tiba-tiba merindui seorang mujahid

Aku meletakkan sepenuh kepercayaanku padaNya

Timbul rasa tidak layak apabila memikirkan keadaan diri yang serba kekurangan

Ya Allah, temukanlah aku dengan seorang suami ahli Syurga

Saat aku merinduinya, lebih kuat aku bermunajat kepadaMu

Lebih pantas aku meningkatkan dan memperbaiki keperibadianku

Ya Allah, hanya Engkaulah penyusun terbaik buatku…

Seiring dengan peningkatan umur barangkali, hati kadangkala merindu. Merindui mujahid yang akan memimpin tanganku ke syurga bersamanya. Namun, apalah daya yang ada pada diri seorang wanita. Continue reading

Cerpen:Jangan Bunuh Semut Api

Bahagian I

Bahagian satu boleh dibaca di sini.

Bahagian II

Mencari madu bunga mekar -imej oleh Tamyl91 Deviantart-

QISTINA terlompat-lompat kerana mahu memetik buah rambutan. Setangkai rambutan yang ranum berjaya dipetiknya. Beberapa ekor semut hitam masih tertinggal pada rerambut buah tempatan itu. Selebihnya sudah jatuh berguguran atas tikar mengkuang. Ada yang bertempiaran. Ada yang melekat pada tubuh dan rambut Qistina.

“Sakit!”Jerit Qayyum dari jauh. Wajahnya merah padam.

Continue reading