Halal Haram Bukan Milik Diri Sendiri

“Eh,mung make godio tu baim?”Soal saya.

“Ayam,nape?”Jawab Baim dengan spontannya.

“halal ko?”

“Ayam di Jepun ni halal,ayam dia dari Brazil,daging dia dari Australia,”padat dan ringkas jawapannya.

“Betul ko mung ni?Kakunin(check) doh?”Soal saya lagi.

Dia terdiam tapi menghabiskan drumstick yang dipegangnya.

Continue reading

Mari kita sama-sama merasainya..

Jom jadi penakut.

Jom jadi pemalu.

Jom jadi insan yang bergantung sepanjang masa.

Jom jadi orang yang sentiasa meminta.

Jom terus berusaha!

Ajakan ini bukan satu gurauan malah ia ditujukan khas buat saya dan anda semua. Kalau selama ini kita sangat berani, marilah kita jadi penakut. Kalau selama ini kita langsung tak kisah melakukan apa sahaja, saya panggil anda untuk jadi pemalu. Kalau selama ini kita rasa kita sudah hebat dan tak perlu pada tempat bergantung, saya seru anda untuk kembali dan bergantung. Kalau selama ini kita rasa sombong dan cukup kuat, marilah kita jadi hamba yang sentiasa meminta. Lakukan semua ini HANYA kepada ALLAH. Betul. Marilah kita sentiasa merasakan ALLAH berada bersama kita. Letak ALLAH sebagai pemelihara kita yang mutlak. Itulah erti taqwa yang sebenarnya. Continue reading

Akhi wa ukhti, hal ana laisa akhuk?

Hmm, apa agaknya yang ingin disampaikan penulis yek untuk post kali ini…

Bagi yang memahami bahasa arab, tiada masalah untuk anda memahami persoalan yang cuba saya lontarkan kali ini. Bagi yang tidak memahami soalan di atas, Insya’Allah, selepas meneruskan pembacaan artikel kali ini, anda juga akan faham ERTI soalan di atas.

“Akhi wa ukhti, hal ana laisa akhuk?” Continue reading

Allah Haramkan Babi

Semua orang tahu kan babi haram dalam Islam? Malah,kalau di Jepun,walaupun ramai yang tidak beragama tapi kalau disebut saya orang Islam,tiada pengetahuan lain selain tidak boleh minum arak dan makan babi. Seolah-olah,imej seorang Muslim ialah seorang manusia yang tidak minum arak dan makan babi.

Semasa dalam Usrah,saya disoal oleh Naqib saya,kenapa babi haram.Ketika itu saya masih kecil,tidak mempunyai apa-apa ilmu, dengan jujur saya menjawab, “sebab Allah tak bagi makan”. Balas Naqib saya, “memang Allah haramkan babi,tapi ada sebabnya. Sebabnya ada research menjumpai dalam babi ada sejenis virus yang mana virus tu kalau dipanaskan dalam api 1000 darjah celcius sekalipun takkan mati.” Continue reading

Sekilas Pesanan

Bila hidup kita penuh kegembiraan,

Jangan lupa bersyukur kepada Allah s.w.t yang memberi nikmat gembira kepada kita.

Bila kita bersedih,

Jangan kita lupa bahawa kesedihan itu sebenarnya satu bentuk tarbiyah Allah kepada kita supaya kita lebih dekat dengan-Nya.

Bila kita rasa jiwa kita serabut,

Ingatlah Allah, pasti jiwa menjadi tenang.

Continue reading

Tetamu,datangnya bersama bala ?

Oppps,sebelum anda terus ke ruang komen dan menghentam saya, ingin saya jelaskan memang ada hadis Rasulullah yang menyuruh kita memuliakan tetamu,bahkan saya selalu dengar orang cakap datangnya tetamu membawa pahala,perginya bersama dosa-dosa kita. Saya tidak pasti ini hadis atau tidak,yang pasti datangnya tetamu bersama rahmah Allah sebab itu Rasulullah menyuruh kita memuliakan tetamu.

Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Riwayat Muslim)

Habis itu apa yang dimaksudkan datangnya tetamu bersama bala? Continue reading