Dialog Hin dan Han…

(1)

Hin: Kenapa ni Han? Muka macam tak puas hati je.

Han:  Apela Hon tu. Aku tanyer ade fb tak? Dia geleng. Pastu dia tanya aku balik, fb tu ape? Ish-ish,   takkanlah fb pun tak tahu. Sekarang semua orang ade fb la..

Hin:  Owh pasal tu ker? Takpe la, nanti kau ajarla dia pasal teknologi tu. Mane tau die leh manfaatkan untuk diri dia. Ha, aku nak tanye kau sikit, kau tahu sirah Muhammad Bin Abdullah?

Han: Muhammad bin Abdullah? Nabi Muhammad kan? Hurm, aku.. aku…

Hin:  Kau tak tahu? Takpela, nanti mase ko ajar Hon nak gunekan fb, mintaklah die ceritakan pasal Muhammad Bin Abdullah. Biar kau kenal, sebab kat sane kalau kau ade masalah, nanti dia yang boleh beri syafaat pada koau bukan fb tu.. Lagipun budak kecil pun tahu sirah ni..

Han: Erk!

Continue reading

Balaslah kasih ini..

Siapakah yang paling anda cintai?

Siapakah yang paling anda kasihi?

Sejauh mana anda sanggup berkorban demi kasih sayang itu?

Seorang ibu akan mengasihi anaknya sepenuh hati kerana anak itu adalah darah dagingnya, seorang suami akan mencintai isterinya kerana isteri itu amanah ALLAH padanya. Seorang ibu sanggup menggadaikan nyawa demi anaknya, seorang suami sanggup bersusah payah demi isterinya. Itu perkara normal kerana kasih sayang mereka berlandaskan ikatan yang utuh.  Tetapi wujudkah, seorang lelaki sanggup BERMANDIKAN DARAH, disakiti demi kasih sayangnya kepada sekumpulan manusia yang tidak dikenali? Kepada sekumpulan manusia yang tidak dia temui, kepada sekumpulan manusia yang akhirnya tidak menghargai?

Jika dinilai secara logik akal, ia adalah mustahil. Tapi ia adalah satu kebenaran dan bukti HEBATNYA kasih sayang MUHAMMAD Bin ABDULLAH kepada sekumpulan manusia itu atau dengan kata mudahnya kepada kita selaku UMATNYA. Peristiwa perjalanan Rasulullah ke Thaif demi manyampaikan risalah dakwah telah memberi satu pengajaran yang amat besar bagi mereka yang mahu menilai. Sewaktu di Thaif, baginda dan Zaid Bin Harithah telah diserang oleh penduduk thaif, dilempar dengan batu, dicerca dan dihina. meskipun Zaid Bin Harithah menjadikan dirinya sebagai perisai, itu belum cukup untuk melindungi Rasulullah. Dengan sandal yang bersimbah darah, Rasulullah berusaha lari menyelamatkan diri. Akibat tidak tertahan lagi, dengan penuah kesedihan, Rasulullah telah menadah tangan dan berdoa kepada kekasihnya;

Continue reading

Tentang Cinta siri 1 : Kenapa Bicara Soal Cinta

Saya memilih berbicara tentang cinta walau mungkin pengalaman saya terhad dan pemerhatian serta pengetahuan saya terbatas, maka mungkin sedikit sahaja yang dapat saya kongsikan. Namun semoga pada yang sedikit itu Allah campakkan keberkatan, menambahkan pengeTAHUan, meningkatkan keMAMPUan dan menetapkan keMAHUan kita, memulakan kembara perubahan mencari jalan menuju Tuhan.

Remaja Dan Cinta

Menginjakkan kaki ke dunia remaja, saya melihat ramai orang berbicara tentang cinta. Semua orang membahaskan, menyokong atau membangkang, menolak atau menerima, mencari bahkan melarikan diri daripada cinta dalam kehidupan mereka.

Sukarnya bercakap tentang cinta adalah kerana masing-masing punya takrifan berbeza mengenai cinta. Cinta yang kita alami dan fahami mungkin tidak sama dengan cinta yang rakan kita alami dan fahami. Maka untuk semua pihak duduk semeja dan berdiskusi tentang isu cinta ini dan mencari kesepakatan sering menemukan jalan buntu.Saya membahagikan kelompok ini kepada tiga bahagian.

Pertama, golongan yang menyokong cinta (couple). Mereka berpendapat cinta adalah fitrah dan suatu bukti kedewasaan yang mesti ditempuh oleh setiap manusia untuk memastikan mereka melalui proses kehidupan yang normal.” Tak jantan lah kalau tak bercouple!”

Golongan kedua, golongan yang menolak cinta remaja (couple). Selalunya mereka ini dilabel sebagai budak-budak dakwah, yang sentiasa bersiap siaga dengan hadis dan ayat Quran di kepala untuk ‘menembak’ golongan yang bercouple.

Golongan ketiga, golongan yang menerima cinta (couple) dalam ruang lingkup tertentu. Bermakna perlu ada syarat dan adab dalam bercinta seperti dikemukakan dalam dialog di atas. Biasanya mereka dilihat sebagai golongan yang berfikiran terbuka dan berpandangan jauh.

Namun kebanyakan mereka yang bercakap tentang cinta ini, saya lihat ada sesuatu yang kurang pada diri mereka. Perhatikan dialog di bawah yang saya olah semula hasil perbualan saya dengan seorang pelajar yang bercouple tapi meluat dengan kawannya yang bercouple.

Ali       : Aku tak tahan betul la tengok diorang berdua tu, jalan berdua berkepit ke hulu ke hilir. Orang lain pun bercinta jugak, takde lah sampai macam tu     sekali.

Azeezan: Kau rasa geram sebab ber’couple’ tu tak boleh ke?

Ali       : Aku rasa nak bercouple tu takdelah salah…

Azeezan: Habis tu yang kau nak marah-marah ni kenapa?

Ali       : Nak bercouple, couple lah tapi pandai-pandai lah jaga adab..

Azeezan: Adab apa? Adab Islam? Apa adab-adab Islam dalam bercouple?

Ali       : Errr entahlah…

Entahlah?

Satu persoalan asas saya kira masih belum terjawab, sebelum kita sibuk mencari hukum dan dalil halal haramnya bercouple, soalnya mengapa kita bercakap tentang cinta? Sebelum kita membenci atau mencintai trend bercouple, apa pendirian kita sebenarnya tentang isu ini? Adakah kita menerima atau menolak cinta berdasarkan lintasan pendapat hati semata-mata? Jika kita rasa meluat maka cinta seperti itu kita tolak, jika kita rasa puas maka cinta seperti itu kita terima? Begitukah cara kita menilai cinta?

Secara peribadi saya melihat kerana rakusnya kita mencari dalil halal haram cinta, sehingga kita seakan-akan hilang pedoman dan pendirian tentang kenapa kita bercakap soal cinta. Sehingga akhirnya wujudlah 3 kelompok seperti di atas, yang senantiasa sibuk membahas dan mencari dalil untuk menguatkan pendapat dan menjatuhkan pihak lawan.

Dan secara umumnya, perbezaan-perbezaan pendapat ini sering menimbulkan pertelagahan antara golongan dakwah dengan golongan yang bercouple untuk menjustifikasikan kebenaran dan sesetengah pihak mengambil jalan selamat dengan berdiri di atas pagar, mengambil jalan pertengahan.

Soalnya di antara mereka siapa yang benar? Adakah cinta (couple) itu halal atau haram? Jika halal apa dalilnya, jika haram apa dalilnya? Dan jika ia terbatas pada ruang lingkup tertentu, apakah batas-batasannya? Jika benar ada adab-adab bercinta, apa adab-adabnya?

Kerana perbezaan kefahaman dan pandangan tidak boleh dielakkan, ada satu titik pertemuan yang membolehkan kita semua membincangkan isu ini secara adil, sebahasa dan sealiran iaitu menetapkan tujuan kita berbincang. Maka sebelum kita menetapkan siapa salah dan siapa betul dalam perbahasan ini, mari kita duduk sejenak dan tanyakan pada diri, kenapa kita mencari jawapan kepada persoalan ini?

Pentingkah mengetahui tujuan kita bercakap tentang cinta?

Jigsaw Puzzle

Seumpama bermain permainan jigsaw puzzle, bayangkan anda cuba menyusun kepingan-kepingan gambar tanpa anda tahu apakah gambar akhir yang akan terhasil. Maka puaslah anda menyusun-nyusun kepingan-kepingan kecil itu dalam kekaburan. Dan natijah akhirnya, tidak selalunya gambar yang betul akan terhasil. Begitu jugalah dalam mencari jawapan tentang cinta, apakah hasil akhir kepada persoalan ini yang ingin kita cari?

Adakah kita mencari dalil yang merestui cinta kita, agar dapat kita jadikan pendinding setiap kali didekati golongan dakwah?

Adakah kita mencari dalil mengharamkan cinta agar kita dapat berhujah dengan yakin dan memastikan kemenangan ke atas mereka yang bercouple?

Adakah kita mencari dalil pertengahan supaya kita disenangi semua pihak?

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
(al-Isra, 17:36)

Kuncinya di sini! Pendengaran, penglihatan dan hati kita akhirnya nanti akan disoal tentang apa yang kita percaya dan kita perbuat selama di dunia ini. Maka jika anda menyokong atau menolak cinta, alasan anda itu akan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak. Maka adalah amat penting bagi anda mempunyai jawapan yang tepat, kerana tersilap jawab, pertaruhannya adalah syurga atau neraka. Maka sebelum kita bincangkan boleh atau tidak bercouple, mari kita luruskan niat kita mencari jawapan kerana Allah.

Ada Apa Dengan Cinta

Cinta bukanlah perkara remeh temeh mainan remaja yang kegersangan kasih sayang. Cinta adalah rahmat dan nikmat kurniaan Allah yang agung. Manusia pertama bercinta sesama manusia adalah Adam dan Hawa.

“cinta Adam dan Hawa, lahir di syurga, terang di jiwa…..” kata Misya Omar.

Cinta itu dicampakkan Allah ke dalam hati Adam ketika mana mereka di syurga. Maka tempat lahir cinta adalah di syurga, tempat yang menghimpunkan segala nikmat-nikmat teragung yang tak mampu kita bayangkan. Lantas cinta yang terbit di syurga itu, turun menemani Adam dan Hawa ke dunia dan sehingga ke hari ini kita merasa nikmat cinta, warisan nikmat dari syurga. Maka tidak hairanlah jika cinta ini sampai memabukkan, kerana nikmatnya memang tidak terperi. Adalah menjadi peranan kita untuk membawa semula cinta yang kita nikmati kembali semula ke syurga. Namun soalnya bagaimana?

Semestilah Allah yang menciptakan cinta itu, memiliki cinta yang jauh lebih agung, Maha Pencinta. Maka usaha memahami cintanya, perlu dimulai dengan memahami Allah. Mencintai manusia, muqaddimahnya perlu mencintai Tuhan manusia. Lantas apakah yang dikatakan mencintai Allah?

Demi Cinta Suci
Album : See You D IPT

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

[audio:Unic_demi_cinta_suci.mp3]

Cinta Ilahi

Apakah itu cinta suci, cinta Ilahi? Cinta Ilahi bukanlah ruang untuk melarikan diri, memujuk hati yang terluka dengan cinta manusia lantas menyerahkan seluruh cintanya hanya kerana Allah. Bukan juga ertinya cinta Ilahi itu, pada membuang segala isi dunia dan bertapa di hujung dunia, kerana ingin menumpukan seluruh cintanya kepada Dia. Jangan bermimpi menjadi Rabiatul Adawiyah, dia manusia yang tersendiri, untuk kita manusia biasa yang penuh maksiat dan noda, bercintalah dengan Allah secara realiti. Ungkapan cinta Ilahi bukan sekadar slogan angan-angan yang kontang isi, apatah lagi abstrak dan penuh misteri. Cinta Ilahi bukan lakaran sebuah puisi, untuk menghiasi laman-laman blog dakwah kita.

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

(Aal Imraan 3: 31)

Di sinilah kuncinya, jika Allah yang kita cintai, ikutlah contoh suri teladan yang baik itu, Rasullullah. Dan apakah baginda menolak segala isi dunia kerana ingin meraih cinta Allah. Tidak!

Cinta kepada Allah bukanlah pada indahnya sajak yang kita cipta bagi menggambarkan perasaan kita, bahkan cinta itu perlu diterjemah pada amal dan perbuatan. Menjawab persoalan apa erti cinta pada Ilahi, perlu dijawab pada bahasa tubuh yang bergerak tunduk patuh pada segala hukum sunnatullah dan syariatullah-Nya.

Kenapa bercakap tentang Allah?

Meskipun kedengaran agak klise, namun hakikatnya cinta sesama manusia yang disemai dengan benih yang betul mampu membuahkan cinta kepada Allah yang Maha Agung. Segala-galanya menjurus kepada Allah. Maka dalam kita berbahas soal cinta, mari kita tetapkan niat dan matlamat kita, agar di hujung sana kita terjumpa sinar cinta Ilahi.

Kerana apa kita berbicara tentang Allah? Kerana setiap manusia, tidak kira dia suka atau tidak, sudi atau tidak, suatu hari nanti pasti akan mati. Dan bagi setiap orang Islam kita percaya kita akan dibangkitkan semula dan disemak siapakah yang terbaik amalannya di antara kita.

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
(al-Mulk 67:2)

Siapa yang menyokong cinta (couple), akan disemak siapakah yang terbaik amalan cintanya.

Siapa yang menolak cinta (couple), akan disemak siapakah yang terbaik akhlaknya dalam menolak cinta.

Siapa yang berada di golongan pertengahan, akan disemak siapakah yang terbaik penilaiannya dalam menetapkan batas-batas hukum agama.

Lantas kerana itulah siri-siri artikel ini akan ditulis, bukan untuk menunjuk pandai atau menempelak dan menembak mana-mana individu , bahkan untuk membuka ruang perbincangan dan pertukaran pendapat bagi memudahkan lorong pendakian kita menjadi manusia yang terbaik amalannya.

Dan semestinya sebelum kita terlibat lebih lanjut dalam perbincangan, perlu kita tetapkan niat mencari jawapan kerana Allah. Mungkin hadis yang diceritakan oleh ibnu Abbas dapat membantu menjustifikasikan kepentingan niat kerana Allah :

“Suatu hari, ketika saya berjalan di belakang nabi, lalu beliau berkata kepada saya, “Wahai anak muda! Sungguh, saya ajarkan kamu beberapa kalimah, ‘Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu, peliharalah Allah pasti kamu dapati Allah selalu di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, apabila kamu memerlukan bantuan, mintalah bantuan kepada Allah. Ketahuilah, sesungguhnya apabila manusia bersatu bagi memberikan kebaikan kepadamu, mereka tidak mampu melainkan apa yang sudah ditetapkan Allah kepada kamu, dan apabila mereka bersatu untuk menjatuhkan kamu, mereka tidak mampu, melainkan apa yang sudah ditetapkan Allah kepada kamu. Mata pena diangkat dan lembaran telah ditutup.”

[hadis yang dilaporkan oleh Tirmizi]

Semoga Allah memelihara kita daripada berbalah pendapat tidak tentu hala, dan semoga Allah memimpin kita untuk memahami hikmah dalam setiap penciptaan-Nya. Semoga di akhirnya kita berjaya meraih cinta yang mampu menyampaikan kita kepada syurga. Untuk itu marilah kita mulakan kembara kita dengan meletakkan Allah sebagai tujuan dan kehendak-Nya sebagai hasil akhir yang ingin kita capai.

Selesai dahulu untuk muqaddimah tentang cinta, perbetulkan niat anda.

Cinta itu naluri, namun kedewasaan mengendalikan cinta, itulah jati diri. (dipetik dari ayat Ustaz Hasrizal).

Semoga kita terdewasa dengan cinta.

Kisah Cinta Seorang Wanita kepada Pemuda Tampan

kisah-cinta-wanita-dan-pemuda-tampan

Inilah antara cinta yang paling masyhur termaktub di dalam Al-Quran. Sudah dibukukan, saya pun masih menunggu untuk membacanya. Seorang sahabat berjanji untuk meminjamkannya, tapi tak dapat lagi sampai sekarang. Adey~ Apape pun, inilah sedikit sebanyak sinopsis ceritanya. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat. Manfaat untuk bercinta ke? hm…manfaat untuk kita mengenal Sang Pencipta. Allah Yang Maha Adil terhadap hamba-hambanya..Allah Yang Maha Mendengar doa dan rintihan hamba-hambanya….Allah Yang Maha Cantik dengan ciptaan-ciptaannya yang indah…Allah Yang Maha Berkuasa mengubah segala sesuatu dan banyak lagi…

Continue reading

Sememangnya lelaki cair pada wanita

lelaki-cair-pada-wanita1

“Ayang da makan?”tanya si Romeo.

“Dah..sayang?Kalau belum meh ayang masak untuk sayang ek?”balas si Juliet.

“Ayang nak masak untuk sayang? Hepinye…Ayang..rindu la kat ayang..macam nak mati dah ni..”beritahu si Romeo.

“Ayang pon rindu kat sayang..rase tak boleh hidup tanpa sayang..sayang la segala-galanya bagi Ayang..”jawab si Juliet.

“Ayang..Ayang cinte kat sayang tak?”soal si Romeo.

“Sure la! Sayang la segala-galanya.”Jawab si Juliet namun jawapan itu tidak sampai kepada Romeo kerana kreditnya sudah kehabisan.

Continue reading

Romantik, Kasih Sayang dan Cinta

Romantik, Kasih Sayang dan Cinta*oleh: Umar Al-Fateh

Romantik
Hari ini, aku ada kelas therapy di hospital. Perjalanan menaiki bas dan
tramvai sedikit sebanyak agak meletihkan, lebih-lebih lagi aku terpaksa
berkejar ke sana, kerana waktu jumaat yang agak lewat berbanding waktu
kelas yang bermula 2.40 ptg. Solat jumaat habis jam 2.00 petang.
Setelah turun dari tramvai, aku menyusuri lorong pejalan kaki yang agak
licin dek salji yang mengeras. Dalam berkejarannya aku ke hospital, aku
terpandang satu pasangan tua (dalam 50/60 tahun lebih) yang berpegangan tangan
menyusuri jalan yang licin. Keramahan yang ditunjukkan oleh pakcik itu
pada pasangannya amat menyentuh hati. Manakan tidak, walaupun umur sudah
lanjut, tetapi kemesraan dan keramahan yang ditunjukkan seolah-olah mereka
pasangan muda yang melayari rumah tangga.

Aku memikir-mikirkan situasi tersebut dan menyimpulkan, sungguh bahagia pasangan yang berjaya kekalkan kemesraan sehingga hari tua.

Kasih sayang

Setahun yang lalu, satu hari yang serabut dalam musim sejuk yang
menyengat tulang, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan mengelilingi
metropolitan Moscow dengan menaiki tramvai. Melihat-lihat keindahan cahaya
lampu waktu malam. Sedang aku asyik dengan keindahan lampu tepi jalan
dan keindahan warna warni bangunan-bangunan sepanjang jalanan, dua beranak naik
tramvai yang kunaiki. Seorang ibu yang aku kira dalam lingkungan 30-an
dan anaknya yang kurasakan sekitar 7@8 tahun.
Si kecil mengambil tempat dihadapanku, manakala si ibu mengambil
keputusan duduk di sebelahku. Selepas itu, aku menyambung lamunanku ke
luar tingkap yang sangat dingin. Lamunanku terganggu dengan kelincahan
si kecil yang tidak henti-henti bertanya si ibu tentang apa yang dia lihat
di sepanjang jalan yang dilalui. Si ibu pula tidak jemu menjawab
pertanyaan si kecil yang jika aku berada di tempat tersebut, mungkin
sudah tidakku layan.

Sedang sibuk aku meneliti apa yang diperbualkan
oleh kecil dengan ibunya, tiba-tiba si kecil menunjukkan ke satu arah yang
bertentangan dengan si ibu, arah yang bagi aku, tidak pasti apa yang
menarik ada di sana. Tatkala ibu sudah mengalihkan ke arah yang
ditunjukkan oleh anaknya, sambil mencari-cari apakah gerangan yang
dimaksudkan oleh anaknya, si kecil terus mengucup pipi si ibu tanpa
sempat si ibu berpaling semula ke arah anaknya. Kemudian si kecil terus
katakan “я тебя люблю” (“saya sayang mama”) sambil memeluk ibunya. Ibu muda ini, membalas pelukan si kecil dengan penuh
kemesraan.

Melihatkan situasi ini, aku tumpang bahagia melihat kasih
sayang yang ditunjukkan. Senyuman yang dilemparkan oleh si ibu jelas
kelihatan yang dia bahagia kerana tahu anaknya juga menyayanginya
seperti dia menyayangi si kecil itu. Dalam keserabutan institusi keluarga
yang teruk membelenggu masyarakat barat, tersimpan kasih sayang yang
bagiku sungguh bernilai dalam kekalutan kota Moscow yang kian tahun
mencengkam kehidupan rakyat dengan nilai inflasi yang tinggi.


Hmm.. kasih sayang.. makin hilang dari masyarakat yang tidak memandang
kepentingan institusi kekeluargaan dalam menangangi masalah sosial yang
kian parah.

Cinta

Satu fitrah manusia untuk sayang dan disayangi. Aku juga tidak
terlepas dari perasaan ini. Sepanjang tiga tahun di bumi Rusia ini, aku
mengintai-intai disebalik sikap dan perangai masayarakat Rusia yang boleh ku
ambil dalam memberi maksud cinta. Ku lihat, keberanian masyarakat
meluahkan rasa cinta dan bercumbu-cumbuan di mana sahaja yang kulalui, tidak
banyak mengajar aku erti cinta. Tetapi situasi tersebut membuatkan
diriku memaksa diri untuk menundukkan pandangan dan berpuasa dalam
mencari erti cinta yang sejati.
Rupa-rupanya, dalam gejolak yang membelunggu
jiwa mudaku ini, tersimpan satu rahsia untuk
mengendurkannya. Iaitu, PUASA. Ketika inilah aku rasakan besarnya hikmah
berpuasa dalam menangani gejolak jiwa dan fitnah yang berlaku
disekeliling. Bila berpuasa, perasaan untuk mengekalkan erti puasa itu
membuatkan mata hanya difokuskan pada lantai dan kaki-kaki.
Menundukkan
pandangan. Puasa dan menundukkan pandangan sangat memberi kesan dalam menjaga
hati. Bila zina mata berjaya dikurangkan, maka berkuranglah hati dari
titik-titik hitam yang sebenarnya sebagai tempat bermaharajalelanya nafsu
dalam jiwa. Dua perkara yang aku baru kurasakan hikmah disebalik pesan
Nabi kepada generasi muda yang punya kehendak tetapi tidak mampu untuk
mendirikan ‘masjid’ yang suci.


* Umar Al-Fateh; nama pena bagi
Mohammad Syazwan bin Maamin merupakan salah seorang penulis jemputan iluvislam.com. Beliau kini merupakan seorang pelajar perubatan di Russian State Medical University, Moscow. Artikel dipetik daripada blog beliau.