Kenal Mawi tak??

“ Kenal Mawi tak?” seorang kanak-kanak ditanya dalam satu program televisyen.

“ Kenal.” Kanak-kanak itu menjawab dengan rasa teruja.

“ Nyanyi lagu Mawi sikit, 1,2,3….” kanak-kanak itu disuruh menyanyi lagu Mawi.

“  Kau biarkan aku sendiri meratapi nasib dalam hidupku Saleha,” kanak-kanak itu menyanyi dengan merdu.

Continue reading

Wahai lelaki, apa yang kamu dapat sebenarnya??

Zaman sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Sekarang teknologi sudah moden. Orang ramai bebas menyuarakan pendapat  mereka tidak kira pendapat dari sudut mana sekalipun melalui blog dan sebagainya. Ada yang suka mengulas tentang gossip artis, ada yang suka mengulas tentang politik tapi apa yang membanggakan, ramai yang lebih selesa berkongsi tentang Islam dewasa ini. Tidak dinafikan, blog berunsur Islamik bertambah dari masa ke masa ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Bukan saja blog Iluvislam, Saifulislam, langitilahi dan azzariyat sendiri contohnya, banyak sekali perkongsian tentang islam. Dan dari situ, semakin ramai orang yang menyedari dan memahami tentang tuntutan Islam dalam kehidupan manusia. Ramai yang sudah menyedari tentang kewajipan berdakwah, ramai yang sudah  menyedari tentang cinta sebenar. Dulu heboh diperkatakan, diperdebatkan tentang haramnya bercouple sehingga mencetus pertikaman lidah antara rakan. Hakikatnya, manusia itu sendiri tidak kira lelaki atau wanita, sudah semakin menyedari tentang hakikat cinta dan bagaimana manisnya cinta jika ia dirasakan dengan cara yang halal. Continue reading

Semalam Yang Hilang…

We will never miss the water till the well runs dry…

Apa erti semalam kepada kita?

Seringkali kita melewati kehidupan ini tanpa membawa apa-apa erti kepada hari yang telah kita lalui. Begitu kita memanjakan hati dan akal, daripada usaha memikirkan hikmah keberadaan kita di sesuatu tempat pada hari ini. Kita lupa untuk meninggalkan kesan (baik) kepada persekitaran yang kita singgahi. Maka sehari lagi berlalu, tanpa apa-apa erti.

Saya tidak mulakan dengan bertanya apa erti hari ini kepada kita? Kerana hari ini masih belum berakhir, dan kita masih boleh merencana pelbagai alasan dan jawapan untuk menjustifikasikan bagaimana kita memanfaatkan hari ini. Sedangkan, boleh jadi, apa yang kita rencanakan, tinggal rancangan yang diatur untuk menyedapkan perasaan, dan tidak pernah kita serius untuk menjadikannya kenyataan.

Continue reading