Yang Sempurna Bukanlah Yang Terbaik!

ygsmpurna

Wah,lajunye mase berputar.Pejam celik,pejam celik dah stahun berlalu. Kisah cintaku berakhir dengan kesudahan yang menyedihkan tapi tak mengapa kerana ada pengajaran di sebaliknya,pengajaran yang memberi 1001 makna dalam hidupku.Ingin aja aq kongsikan kisah cintaku pada anda semua tetapi aq dinasihatkan untuk tidak publishkan kisah itu tapi sesape nak bley *email aq sebab aq nak suh komen.Tapi,apa kaitan kisah cintaku dengan post pada hari ini?Jom terjah!

Perfect dan Terbaik-2 perkataan yang pada zahirnya nampak seakan-akan sama tapi pada hakikatnya jelas berbeza.Bukan semua yang perfect adalah terbaik dan bukan semua yang terbaik itu adalah perfect,paham?Untuk bagi korang mudah nampak benang putih dan benang hitam di antara 2 perkataan ini,aq buat dua analogi. Hope korang paham analogi aq wat ni.

O0O0Oo0OO0OO0O0oO0oO0O0Oo0OO0OO0O0oO0o

Analogi 1:

Suwon Citizens festival Civil Service Exam Suwon South Korea by Derekwin

peperiksaan(sekadar hiasan)

Adila(bukan nama sebenar) dan Baqiah(bukan nama sebenar) telah menduduki satu peperiksaan biologi.Markah penuh bagi paper bio tu ialah 100 markah. Adila dengan bangganya telah mendapat 100 markah dan Baqiah juga dengan bangganya mendapat 68 markah.Sememangnya logik untuk Adila berbangga kerana dia mendapat markah penuh,markah yang perfect,tetapi kenapa Baqiah juga boleh berbangga sedangkan dia hanya mendapat 68 markah je?Ya, kerana bagi Baqiah itulah yang terbaik yang mampu dia dapat maka baginya itu sudah perfect.

O0O0Oo0OO0OOO0O0Oo0OO0OO0O0oO0o0O0oO0o

Analogi 2:

Sakura y Naruto Chibis by GamiKun

lovely couple(gambar hiasan)

Ni kisah cinta aq,hahahahha.Setahun lamenye aq dot tengok sowang minah, tanpa usha.Minah ni,bagi aq adalah seorang insan yang perfect.Budak suwau,hafal quran,tensai(genius) n lawa,so aq decided utk dapatkannya. Bak kata Azrul-Sens,langit tak selalu cerah,apa yang kita nak tak selalunya kita dapat.At last,orang lain dapat minah tu.

“Ilek la beb,bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor.Tak gune ko nangis beb.”Nasihat seorang kawan.

“Ko tak paham,memang bunga bukan sekuntum tapi bunga ‘tu’ yang sekuntum!Die perfect ar,memang da takde oram yang same cam die.”Balas aq.

“ala..yang perfect x semestinya yang tebaik ko taw,”nasihatnya lagi.

“maksud ko?”tanya aq,sedikit tidak faham apa yang dimaksudkannya.

“Ye la,mungkin ke’perfect’an die tu akan membunuh ko.Ko kawin ngan die, pastu die tegor ko tu la ni la sampai ko pom rimas,ye la al-maklumlah perfect katakan.Abang jangan pakai baju tu? Ish kenapa x tie-in baju tu,selekehnye la ayang ni?Ha,amik ko,rimas! Ko dah la selekeh.”Nasihatnya lagi.

O0O0Oo0OO0OO0O0oO0oO0O0Oo0OO0OO0O0oO0o

Semoga 2-2 analogi di atas dapat menghilangkan kabus yang berada dalam benak fikiran anda tentang perfect dan terbaik.Nasihat kawan aq,actually hati aq  itu sememangnye memberiku satu impak yang cukup besar.Puas aq fikirkan adakah apa yang dikatakan oleh hatiku ini selari dengan syariat Islam.Aq bimbang kalau-kalau ianya adalah bisikan daripada syaitan. Aq bukak buku itu,bukak buku ini,rujuk blog tu,rujuk blog ni untuk dapat pengesahan.Untuk dpendekkan cerita,aq jumpa jawapannya.

Suatu ketika Rasulullah bersama-sama para sahabat sedang mengadakan satu majlis ilmu,tiba-tiba mereka didatangi seorang arab badwi.Orang arab itu merupakan wakil daripada sukunya untuk memeluk Islam dan Rasulullah mengislamkannya di hadapan para sahabat.Orang arab itu bertanya kepada Rasulullah, “selepas ini apa patut aku lakukan untuk memasuki syurga?” Rasulullah menjawab, “cukup dengan solat 5 waktu dan puasa di bulan ramadhan.” Arab itu bertanya lagi, “lagi?”Rasulullah menjawab, “cukup sekadar itu dan kamu akan memasuki syurga.” Eh,hanya dengan solat 5 waktu dan puasa di bulan Ramadhan akan menjamin seseorang untuk masuk syurga?Jadi tidak perlulah qiamullail?Tidak perlulah solat sunat?Doa?Puasa senin-kamih?Bukan,inilah yang dimaksudkan dengan terbaik dan sempurna.

Rasulullah adalah seorang yang meraikan sifat perbezaan manusia. Percayalah,tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang mempunyai perangai,sifat dan fikiran seperti anda.Anda adalah anda walaupun anda meniru orang lain.Dulu,kini dan selamanya tiada orang yang sama dengan anda.Rasulullah jelas akan hal itu.Daripada kisah di atas,ulama menafsir bahawa Rasulullah tahu yang orang arab badwi itu bukanlah orang yang bersifat seperti para sahabat,bersemangat melakukan amal.Jadi, Rasulullah memberi arab badwi itu yang terbaik yang mampu dilakukannya,bukan yang sempurna.Rasulullah hanya menyuruhnya mendirikan solat 5 waktu dan puasa di bulan Ramadhan,Rasulullah tidak mengarahkannya mengerjakan qiamullail,solat sunat dan puasa sunat.Yang terbaik bukan yang sempurna.

Satu kisah lagi,seorang lelaki berjumpa dengan Rasulullah dan menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam.Katanya, “ya Rasulullah,aku ingin memeluk agama Islam tetapi..”Rasulullah bertanya, “tapi apa?” “Ya Rasulullah,aku ingin memeluk Islam tetapi aku adalah seorang penzina tegar. Aku tidak mampu meninggalkan perbuatan ku itu.”Rasulullah dengan tenang dan sambil tersenyum membalas, “kamu boleh masuk Islam.” Pemuda itu kelihatan sedikit kehairanan dan bertanya, “aku masuk Islam tetapi aku terus berzina..”Rasulullah tersenyum dan berkata, “cuma kamu takley wat 1 perkara.”Pemuda itu bertanya, “apa ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “kamu jangan menipu.”…….

Apakah Rasulullah membenarkan pemuda itu berzina dan hanya mengharamkan penipuan?Tidak,sebenarnya Rasulullah faham bahawa pada ketika itu yang terbaik yang mampu dilakukan pemuda itu adalah tidak menipu dan bukannya tinggalkan zina.Sebelum aq terangkan dengan lebih lanjut,aq sambung kisah di atas.

……Sudah menjadi habit pemuda itu,bila malam menjelma,dia akan berzina. Bila malam je,dia menjadi raja.Pada hujung minggu,Rasulullah datang berjumpa dengannya dan bertanya, “adakah minggu ini kamu berzina?” Memang perangai manusia apabila berjumpa dengan pemimpin yang diseganinya,dia akan malu hormat apatah lagi ini adalah pemimpin seluruh umat,Muhammad bin Abdullah.Disebabkan telah berjanji dengan Rasulullah untuk tidak menipu,pemuda itu mengaggukkan kepalanya dan berkata, “setiap malam.”Rasulullah menyedeqahkan senyuman dan pulang ke rumah.Pemuda itu bermonolog, “ish malunya aku…nak tipu takley.” Pada minggu seterusnya pemuda itu masih melakukan bende sama dan pada hujung minggu Rasulullah datang ke rumahnya dan bertanya akan hal yang sama.Keadaan masih sama,dia menganggukkan kepala dan Rasulullah beredar.Hantinya berkata, “ish..malu besar ni..aku takkan berzina lagi.”

Tengoklah kawan-kawan bagaimana Rasulullah mengubah pemuda itu daripada yang terbaik yang mampu dilakukannya dan implikasinya,pemuda itu jadi yang perfect.Perlu kita ingat bahawa yang perfect tak semestinya yang terbaik dan yang terbaik sudah pasti perfect.

Endless love by millzero.com

yg terbaik!

Dalam memilih pasangan,walaupun aq bukanlah orang yang arif,orang yang tidak mempunyai pengalaman tentangnya,aq menasihatkan korang mencari yang terbaik atau perkataan yang lebih tepat,yang sesuai dengan korang. Memang benar kita ingin membina sebuah baitul muslim(keluarga muslim) tetapi tidak wajar bagi kita mencari pasangan yang perfect padahal kita tidak sesuai dengannya.Anda akan rimas dengannya,seperti kata hati aq.

“Ayang ni,kenapa tak pakai kopiah g sana.Eh,tak g masjid ke?Eh tak bangun qiamullail ke?Eh tak g usrah ke?Eh tak derme ke?Eh tu,eh ni ,eh,eh”

Rimas!!!!!!!!!!!!!!Kalo ginilah perfectnye maka kite perkahwinan kita akan bertemu dengan satu titik yang kite kenalinye sebagai ‘penceraian’.Lihatlah berapa ramai yang kahwin dengan ustat or ustazah tapi bercerai.Lihatlah berapa ramai yang kahwin dengan naqib or naqibah tapi last-last bercerai. Semuanya kerana apa?Kerana mereka salah menafsir bahawa perfect itu adalah yang terbaik.

Atoy pernah bercerita, “semasa aku beriktikaf dengan sorang ustat kat masjid, ustat tu cerita yang die belajar ilmu hadis kat Madinah.Sambil belajar biasela,wat baito.Nak duit lebih.Maka ustat tu jadi pemandu pelancong bagi jemaah Malaysia yang datang nak wat umrah.Semasa jadi pemandu pelancong tu,ramailah gadis-gadis lawa yang die jumpe.Ade sorang anak dato’ ni,lawa,siap bagi ustat tu no. hp die suh ustat tu contact tapi ustat tu tak contact.Last-last,ustat tu diri depan ka’bah dan dirikan solat sunat istikharah. Abis je solat sunat istikharah,ustat tu call mak die suh mak die cari sorang pompuan untuk dijadikannya isteri.Bile die balik m’sia,die jumpe bakal isteri die.Ustat tu cakap,yang die jumpe kat madinah jauh lagi lawa dari bakal bini die ni.Langit dan bumi die cakap.Tapi die redha,die yakin yang ini adalah yang terbaik untuk die sebab ni die dapat lepas solat istikharah. Apa yang betulnye pilihan die,ustat ni cakap,tahun pertame die kawin die miskin, xde duit tapi isteri die tak lari.Isteri die sentiase support die.Inilah yang pilihan yang terbaik!”

tifa solehah by tafahna2005

Isteri solehah

Kadang-kadang orang persoalkan, “eh,pelik betul.Nape laki muke camtu dapat awek lawa.Awek tu bute ke ape,aku jauh lagi ensem dari laki tu.” Betul, cik abang lagi ensem tapi  cik abang bukanlah yang terbaik untuk budak pompuan itu atau budak pompuan tu bukanlah yang tebaik untuk cik abang. Jelas sekali apa yang dimaksudkan di dalam surah an-nur ayat 26 adalah hal ini.Firman Allah:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]

Jahat dan baik manusia tidak boleh dinilai dengan mata kasar.Ungkapan ‘don’t judge a book by it cover’ ada betulnya.Kadang-kadang,kita nampak pompuan itu free hair tapi pada hakikatnya die seorang yang patuh pada agamanya cuma dari kecil sampai dia besar,die dididik oleh parents die untuk free hair.Ala,mudahnye macam cerite penzina tadi la.Die tu baik,nak masuk islam tapi berzina.Yang terbaik bagi kita bukanlah bermaksud yang sama taraf,sama status, sekufu dengan kita tetapi yang mampu melengkapkan hidup kita.Kita boleh tegurnya dan dia boleh tegur kita.Kata -katanya tidak menyebabkan kita terasa.Kata-katanya penuh hikmah. Seperti ungkapan lagi daripada The Zikr(Isteri cerdik dan solehah):

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Korang pikirla sendiri sebelum bertindak.Pilihlah yang betul.Istikharah la. Kadang-kadang bende yang kite nak tu la yang kite tak dapat dan kadang-kadang bende yang kite taknak,tu la yang kite dapat.Sebab ape?Sebab kite x paham ibrahnya,kite tak paham hikmahnya atau dengan kata yang lebih tepat,kita ni memang x paham ape-ape pasal qada dan qadar Allah. Kalau kite x dapat,kite pom kate, “kite merancang ,Allah juga merancang dan ni rancangan Allah la,” padahal kita tak pernah berusaha.Berusaha?Jodoh kan dah ditetapkan,kenapa perlu berusaha?Haaaaaaaaa! Anda lupa atau mungkin anda tidak pernah membaca Azz edisi ke 42.Jodoh juga perlu diusahakan untuk dapatkan yang terbaik.Ingat,yang terbaik bukan yang sempurna!

Tok Guru by docteejay

solat

Ok,jom kite bincangkan lak topik ni dalam konteks ibadah.Dalam konteks ibadah,kite xley wat lebey2 atau kurang,kite kene wat yang kite mampu.Yang terbaik yang mampu kita lakukan.Kalau kite lebih2?Kite tergolong dalam golongan yang Nabi murkai,sabda baginda, “Sifat golongan itu ialah sentiasa memandang rendah sembahyang mahupun bacaan al-Quran orang lain.”Rasululllah seterusnya menyambung, “Mereka memerangi orang Islam dan membiarkan penyembahan berhala.”Kenapa jadi macam ni?Kerana golongan ini melampau-lampau dalam agama sehingga mereka memikirkan solat merekalah solat yang terbaik,bacaan al-quran merekalah yang termulia. Mereka mengkafirkan orang islam yang tidak mengikuti mereka. Semua disebabkan apa?Semuanya kerana mereka mengejar kesempurnaan!

Musuh kita,syaitan akan menggoda kite mlalui 2 cabang.1 cabang kekurangan dan 1 cabang kelebihan.Cabang kekurangan itu senang kite nampak,die gode kite supaya tak solat,tak puase,tak tutup aurat.Tapi yang bahayenye,cabang satu lagi,cabang kelebihan.Die gode kite supaya kite melampau-lampau dalam beragama.Kita solat 100 rakaat sampai pengsan, kita puasa tak bukak-bukak sampai nak mati.

Suatu hari Nabi mendengar khabar bahawa sejumlah kalangan Sahabat menjalankan ibadahnya dengan ketat. Ada yang mengaku berpuasa terus-menerus, tanpa berbuka, berhari-hari. Ada yang salat bermalam-malam, tanpa tidur. Ada yang menolak makan daging. Dan yang terakhir, demi menghilangkan syahwat, ada yang tidak mau menikah.Nabi rupanya tak menginginkan umatnya susah payah semacam itu. Maka, Nabi pun merespon, “Aku puasa, juga berbuka. Aku berjaga, juga tidur, juga makan daging. Aku juga menikahi perempuan. Sesiapa yang membenci Sunnahku ini maka ia bukanlah dari golonganku.”

Lihatlah,dalam ibadahpun yang terbaik itu adalah yang utama bukan yang sempurna.Orang cakap,solat kusyuk atau solat yang sempurna adalah solat yang kita fokus pada Allah tanpa fikir kepada bende-bende ghairullah(selain Allah).Secara jujur,kalau inilah maksud solat yang sempurna,aq yakin dalam idupku yang dah 20 tahun ni,aq x penah solat kusyu even sekalipun.Pening aq pikir hal ini,kalu cengginilah solatku,camne aq nak masok syurge,nak main ngan bidadari yang mukenye cam,ehem2..huhuu..So aq tanye sorang ustat,Ustat Abdullah namanye,sedang belajar kat satu pondok kat Afrika. Die cakap, “sebagai orang awam,kalau kite solat n kite terpikir bende lain,cepat- cepat recall balik.Fikirkan Allah.Itulah maksud solat yang kusyu bagi kita. Kite adalah orang awam,kite da taw yang kite takley bagi yang sempurna,jadi bagilah yang terbaik.Allah faham usehe kite.”

Rasenye da panjang sangat da aq ulas bende ni,moge2 kite same2 diberi kefahaman agama.Kalau ade ape2 yang belum jelas,sile komen.Aq open je, aq budak baru belajar.Ingat,pilih yang terbaik,bukan yang perfect!

18 thoughts on “Yang Sempurna Bukanlah Yang Terbaik!

  1. kadang2 bende yg paling kite sayang tu lah yang paling susah untuk disayang….

    its hard 2 be beside sumone u know u’ll never have….

    sakitnya tak tertanggung, maka
    kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai….
    kalau dah terlanjur bina rumah, timbang2 kan lah, apakah wajar terus dipertahan menentang badai atau wajar untuk ditinggalkan, cari tapak lain untuk bina pondok meneduh kasih….
    pokok pangkalnya hati adalah hakim yang paling berkuasa
    tepuklah dada, tanya hati, hati yang jujur dan ikhlas pasti memberi jawapan yang tepat, adakah cinta yang bermain dalam dada benar2 sejati peneman setia dalam kehidupan, atau sekadar melukut di pinggiran sebuah perjalanan menuju kedewasaan….

    kebahagiaan bukan destinasi, tapi sebuah perjalanan….

  2. salam,
    berminat nk kongsi something pasal ni—>
    “Orang cakap,solat kusyuk atau solat yang sempurna adalah solat yang kita fokus pada Allah tanpa fikir kepada bende-bende ghairullah(selain Allah).Secara jujur,kalau inilah maksud solat yang sempurna,aq yakin dalam idupku yang dah 20 tahun ni,aq x penah solat kusyu even sekalipun.Pening aq pikir hal ini,kalu cengginilah solatku,camne aq nak masok syurge,nak main ngan bidadari yang mukenye cam,ehem2..huhuu..So aq tanye sorang ustat,Ustat Abdullah namanye,sedang belajar kat satu pondok kat Afrika. Die cakap, “sebagai orang awam,kalau kite solat n kite terpikir bende lain,cepat- cepat recall balik.Fikirkan Allah.Itulah maksud solat yang kusyu bagi kita. Kite adalah orang awam,kite da taw yang kite takley bagi yang sempurna,jadi bagilah yang terbaik.Allah faham usehe kite.”

    ari tu kat surau, ade sorang kawan berkongsi pasal solat ni.die kate, solat ni ada byk peringkat dan ade satu peringkat ni.. kita solat tp fikiran kite melayang ingatkan bende lain.. cuba betulkan balik fikiran kita agar tertumpu kepada Allah.. InsyaAllah kita dapat dua pahala.. satu pahala sbb USAHA kita untuk kusyuk.. satu pahala untuk KEKUSYUKAN yang kita dapat bila kita betulkan fikiran kita td..
    wallahualam….

  3. nak tnye, mcm mane nak bt solat istikharah yg sempurna?pnah gak bt solat ni, tp x nmpak pape..klu mcm ni, kene bt lg ke?

  4. hasil solat istikharah bukanlah kite nampak ape2,x kisaylah dalam dunia nyata atau mimpi tetapi keberkatan daripada Allah..Ada yang Allah tunjukkan dalam mimpi pilihan yang tepat tetapi ada juga yang tidak..

  5. ade orang kate, solat istikharah lebih elok kalo wat byk kali. n hasilnye ramai yg kate dapat clue dari mimpi. tp xsemestinye. kadang2 hasil solat istikharah 2 ialah clue from instinct kite sndiri.. kite still rase ragu2 gak pasal clue 2, sebab syaitan kot, tapi rase 2 still kuat dalam hati.. ini daripada yg orang cerita kat saye la.. wallahu a’lam..

  6. time kaseh kpd encik uwa n bukannamesebenar..emm, waktu yg plg mustajab nak wat solat istikharah ni bile?klu mlm, x perlu tido dulu mcm tahajud kan?btol x?

  7. istikharah ni menjadi lebih berkesan kalo kite memang btol2 tengah kompius,xde jawapan yg kite pilih..hati kite 50-50.kalo kite da berat pade satu kputusan,solat istikharah ni skadar amik berkat je..waktu yg makbul,cam biase waktu qiam sbb usehe kite lebey dan Allah sukekan hamba yg berkorban.. =D
    p/s:eh,panggil ar wise..huhuhuhu ..uwa cam budak2 kecik yang nangis je.. gurau2

  8. cik puteri ngan Uwais ni
    jiwang2 lak
    relak r
    hahaha
    ni aku nk share satu ayat jiwang
    “mencintai x bererti memiliki”
    kaji la maksud yg tersirat

  9. salam..congrates pd siapa yg tulis blog nie..ak ske sbab cra penulisan xskema badut sgt..so,dpt la ap yg disampaikan..ok..bg ak,ssh kalo bekerja ngn org perfect nie..ade je bende tak puas ati..so,syngi org yg ade di sekeliling anda..hargai ap yg kter ade,walaupn xperfect,tapi itu yg terbaik untk kter..huhu..

  10. tolonglah aku…aku masih xjumpa lagi yg terbaik…dan aku tau diriku ni xjuga sempurna…

  11. Salam..Thanks Uwais..’Yang sempurna bukannlah yg terbaik ‘ terharu sy membacanya..sy setuju dgn hasil tulisan awk..sy pun mencuba utk menjadi yg terbaik…utk dr sendiri..keluarga dn ms dpn sy..wlupn sebelum ni sy memg da tesasar dr landasan yg sepatutnye..tpi sy berazam nk berubah..berubah menjadi yg terbaik..dn sy berharap moga2 Allah membantu sy menjd isteri yg terbaik untuk insan yg bernama suami suatu hari nanti…Amin..

  12. maaf tersilap comment lak..kt atas tu..malunye sy..ni la kalo dok men terjah blog org..maaf saudara Uwais..ingt kan blog awk..sy betolkan comment kt atas tu ye..
    Salam..semua..Thanks azzariyat crew..’Yang sempurna bukannlah yg terbaik ‘ terharu sy membacanya..sy setuju dgn hasil tulisan blog ni..sy pun mencuba utk menjadi yg terbaik…utk dr sendiri..keluarga dn ms dpn sy..wlupn sebelum ni sy memg da tesasar dr landasan yg sepatutnye..tpi sy berazam nk berubah..berubah menjadi yg terbaik..dn sy berharap moga2 Allah membantu sy menjd isteri yg terbaik untuk insan yg bernama suami suatu hari nanti…Amin..Salam Ukhwah semua..

Leave a comment