Engkaulah Apa Kau Fikirkan

Tentu kita semua biasa dengan lagu yang bertajuk, “Kau Boleh!” ini. Sejak kita di bangku sekolah lagi, lagu ni sering dimainkan di kursus-kursus motivasi, bagi menaikkan semangat para pelajar untuk berusaha menjadi yang tebaik, menanamkan keyakinan boleh berjaya dalam diri. Beruntunglah mereka yang benar-benar menghayatinya, merugilah mereka yang hanya menyanyi tanpa mengambil pusing bait-bait lagu ini.

http://www.youtube.com/v/ldfszEX2WI8?fs=1&hl=en_US&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f

Continue reading

Dialog Hin dan Han 2

Sekadar coretan seorang insan yang memerhati dengan mata dan mendengar dengan telinga pinjaman Ilahi. Mahu menyampaikan sebuah mesej yang selalunya tidak terlafaz dengan kata-kata.

(1)

Hin: Kau masih buat perkara tu lagi ke Han?

Han: Yer. Kenapa?

Hin: Tapi kau tahu kan benda tu berdosa. Lagipun sampai bila kau nak terus macam ni? ALLAH bagi akal supaya kau berfikir dan kekuatan iman untuk memilih. Kau berhentilah Han.

Han: Rileks la bro, kubur kita lain-lain, aku tau la jaga diri aku. Kau tak payahlah nak sibuk. Dah tua nanti aku taubatla.

Continue reading

Gaduh Itu Macam Bisul

Semua mesti tahu tentang hadis ini kan?

“Tidak halal bagi seseorang muslim itu untuk tidak bercakap kepada saudaranya lebih dari 3 hari, sesiapa yg tidak mahu bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari lalu ia mati maka ia masuk neraka.” (HR. Abu Daud)

Senang atau susah untuk amalkan hadis di atas? Susah bukan? Setiap orang ada ego masing-masing,macam dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham,si ayah dah menyesal dan mengaku salah tapi pantang dia pergi meminta maaf dengan anak,mana pride nya sebagai seorang bapa? Si anak bila sudah lama berpisah,memang dalam hati ada rasa kesal dan ingin meminta maaf tapi malu dan segan mula kuasai diri,lantas satu perpisahan yang agak lama berlaku.Dari segi moral yang cuba disampaikan dalam filem ini,bagi saya ia adalah salah satu filem yang terbaik untuk ditonton,moga kita dapat pengajaran daripadanya.

Continue reading

Jalan Hidup(1) : Ahh!

Cerita dalam kisah jalan hidup ini bukan kisah benar. Ia menceritakan bahawa jalan hidup manusia ini berbagai-bagai. Dugaan datang dari segenap sudut. Sebagai seorang muslim, bagaimana kita mahu menghadapi dugaan ini? Adakah hanya dengan marah-marah, atau kita kembali kepada Allah s.w.t.

“Ahh! “ Aku mengeluh sambil menghempas beg tangan ke atas katil.

“ Sampai bila mahu hidup begini?” Aku terus mengeluh sambil jari mencapai keyboard laptop.

Hari-hari aku seakan-akan berlalu dengan dua perasaan sahaja. Perasaan mengeluh dan perasaan terpaksa. Sampai bila mahu mengikut telunjuk orang-orang sekeliling. Bukan mereka tidak tahu, aku ke sini mahu belajar! Dan aku pun tahu harapan aku di sini agar aku tidak lupa menambah sebanyak mungkin ilmu agama! Disini aku bertekad tidak mahu buat perkara yang aku rasa tidak baik. Perkara yang mendatangkan ragu di hati aku. Disini aku tidak teringin hidup bebas. Biarlah iman di dada dan ajaran Islam memagar hatiku dari merasa seronok dunia yang berlebihan.

Continue reading

Take Action!

Sakit! Keadaan semakin sakit. Tidak saya sangka, kehidupan yang selama ini saya jalani sesakit ini. Teruk, buruk dan memalukan. Apa yang dah terjadi ni!

Kawan. Apa yang anda faham akan maksud kawan? Apa yang saya faham, kawan ialah istilah yang digunakan untuk menunjukkan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua orang atau lebih. Tapi, sikap ini hanya berlaku di antara orang-orang yang mempunyai persamaan dari segi pemikiran dan emosi sahaja.

Contohnya, kita tidak akan tiba-tiba pergi cari siapa-siapa yang kita jumpa di tepi jalan, lalu terus menceritakan semua masalah kita kepadanya. Ataupun kita menangis teresak-esak dekat seseorang yang langsung tidak kita kenali. Tapi kita berkecenderung untuk mencari orang (kawan) yang kita sudah kenal lama. Kita tahu perangainya dan dia juga tahu perangai kita. Dia juga orang yang memahami kita, orang yang sebelum ini mendengar masalah kita, seterusnya orang yang mampu memberi kata-kata nasihat kepada kita.

Itulah yang dimaksudkan, apa itu kawan.

Continue reading

Sentuh Hatimu Dengan Firman-Nya

Soalan ini saya tuju buat diri saya sendiri pertama-tamanya.

Adakah hati kita akan tersentuh setiap kali kita membaca ayat suci al-Quran? Paling tidak, adakah hati kita  benar-benar tersentuh setiap kali kita melafazkan ayat-ayat dari surah Al- Fatihah setiap kali kita menunaikan solat?

“ Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan ( pula jalan) mereka yang sesat.” [ Al- Fatihah : 1-7]

Continue reading