07
Dec
09

Siapakah Pemilik Peta Ajaib Itu?

Pada tahun 1929, sekumpulan pengkaji sejarah telah membuat penyelidikan di istana Topkapi yang terletak di Konstantinopel, Turki. Di dalam istana itu, mereka telah menemui segulung peta yang berusia ratusan tahun, yang diperbuat dari kulit rusa berukuran 90 x 65 cm. Peta tersebut bertarikh Muharam 919 bersamaan 9 Mac-7 April 1513.

Di atas peta itu, mereka telah menemui beberapa perkara yang aneh dan menakjubkan. Peta tersebut memaparkan outline pantai Amerika Utara dan Selatan dengan pengukuran yang amat tepat. Peta itu juga memuatkan maklumat yang sangat terperinci mengenai Amerika, Lautan Atlantik, Eropah dan pantai-pantai Afrika yang belum dijelajah oleh penjelajah Eropah pada masanya! Satu lagi perkara yang menghairankan para pengkaji tersebut, ia juga memaparkan benua Antartika, padahal wilayah itu belum ditemukan hingga tahun 1818!

Continue reading ‘Siapakah Pemilik Peta Ajaib Itu?’

06
Dec
09

Filem:Ketika Cinta Bertasbih 1

Mungkin disebabkan tekanan dan kritikan orang ramai terhadap ceritanya, Habiburrahman El Shirazy kali ini mengadakan Audition khas bagi memilih pelakon-pelakon untuk filem keduanya, ‘ketika cinta bertasbih’.Pelakon yang betul-betul pelakon kali ini hanya seorang sahaja dan pelakon-pelakon lain,termasuklah hero dan heroin filem kali ini merupakan pelajar Pasantren(Pondok).Mereka fasih berbahasa arab dan ada yang menghafal al-quran.

Filem kali ini agak perlahan namun tetap menarik.Hal ini juga mungkin disebabkan komen dari penonton yang mengatakan filem Ayat-Ayat Cinta dan novelnya jauh berbeza,jadi Habiburrahman El Shirazy dengan sedaya-upayanya cuba membuat filem kali ini sama seperti novelnya.

Continue reading ‘Filem:Ketika Cinta Bertasbih 1′

05
Dec
09

Ketika Diri Diuji..

Menulis artikel Islamik merupakan satu cabaran yang besar buat saya, ilmu yang ditulis harus disahkan betul dan bertepatan dengan Islam. Untuk memenuhi syarat tersebut,mahu tidak mahu,hendak tidak hendak,diri ini wajib mempunyai imput yang banyak supaya output yang dihasilkan berguna dan tidak terpesong dan dalam mencari input-input,membaca adalah kata kuncinya. Membaca bukanlah satu perkara yang mudah buat diri ini namun suka atau tidak,saya wajib membuatnya.

Namun,menulis artikel bukanlah satu perkara yang terlampau susah,tetapi mengamal apa yang ditulis,itulah masalahnya. Saya tulis tentang solat berjemaah tetapi seringkali tertinggal solat berjemaah,lena dibuai mimpi indah di atas katil. Saya tulis tentang ukhwah tetapi mulut ini begitu susah untuk senyum apabila terserempak sesama Islam. Saya tulis tentang dakwah tapi pabila berdepan dengan situasi yang mana dakwah itu perlu,saya berdiam diri dan hanya mampu membenci dalam hati.

Continue reading ‘Ketika Diri Diuji..’

03
Dec
09

BOLEH KE KATE MACAM TU???

        Alhamdulillah diberi kesempatan olehNya untuk saya mengisi ruangan Azzariyat WordPress ini dengan article yang tak seberapa ini. Kerana terlalu sibuk, lalai mungkin ,dengan kerja-kerja akademi saya hampir terlupa akan amanah yang diberi oleh rakan untuk menulis article untuk blog Azzariyat ini.
       Apa topic menarik yang ingin saya kongsi kali ini? Mungkin ia tidaklah terlalu menarik tetapi saya berdoa agar article ini berjaya memberi ruang kepada pembaca malah diri saya sendiri untuk berfikir sejenak tentang apa yang berlaku dalam kehidupan kita.
       “ saya pergi program hari tu, saya dapat satu point yang sampai sekarang melekat dalam ingatan saya,” seorang rakan membuka bicara. Lantas saya sambut bicara rakan tadi tanda ingin tahu tentang point tersebut. “ Kalau kita nak tahu Allah sayang kita ke tak, kita nilai balik kehidupan seharian kita. Kalau kita banyak buat dosa tu tandanya Allah tak sayang kita. Kalau Allah sayang kita, Allah akan pelihara kita dari buat dosa.”
       “ Dalam kisah Raulullah sendiri, 2 kali Rasulullah nak pegi majlis tari menari, tapi Allah tidurkan Rasulullah and Rasulullah tak pergi majlis tu. Tengok betapa Allah sayang Rasulullah. Betapa Alah memelihara Rasulullah dari majlis yang melalaikan”
Mantap point itu. Disertakan sekali dengan kisah Rasulullah sendiri. Malah, point ini juga dibangkitkan seorang rakan ketika sesi muzakarah baru-baru ini.
       “ hari tu saya ada dengar kawan cakap kalau kita nak tahu Allah sayang kita ke tak, kita nilai balik kehidupan seharian kita. Kalau kita banyak buat dosa tu tandanya Allah tak sayang kita. Kalau Allah sayang kita, Allah akan pelihara kita dari buat dosa. Maknanya kalau saya pegi tengok wayang, maksudnye Allah tak sayang saya la ni? Sebab senang je saya buat bende yang lagha”
Macam-macam pendapat yang dikemukakan rakan-rakan lain untuk menjawab soalan tadi. Namun tiba-tiba saya terfikir banyak perkara.

Layak ke kita nak menilai yang Allah sayang kita ke tak?

Layak ke kita kate apabila kita buat dosa dalam kehidupan seharian kita, tu tandanya Allah tak sayang kita?

Tu macam membawa maksud kite bersangka buruk dengan Allah.

Boleh ke kate macam tu??

Bukankah Allah punya sifat MAHA PENYAYANG yang tiada tandingannya?

Boleh diterima pakai ke point tadi? Kalau boleh sertakan bukti yang meyakinkan.

         Article ini saya tulis bukan niat saya membangkang point menarik tadi. Tapi Cuma timbul sedikit persoalan dalam kotak fikiran saya. Saya tamatkan penulisan saya disini kerana saya juga ingin tinggalkan persoalan kepada pembaca. Siapa yang sudi boleh berkongsi.

01
Dec
09

Bersyukur Memundurkan Ummah?

“Bang,bang…Orang sebelah beli kereta baru la…”

“Bang,bang….Rantai kak Minah yang jual kain tu,beeesauuuu..”

“Bang,bang…Pak Cik Tahir tu,pakai kereta lagi besar dari kite bang…”

“Bang,bang…kak Cah melancong ke eropah ari tu bang…”

Rata-rata umat Islam hari ini tersalah dalam membuat perbandingan sehingga ajaran Islam dilupakan,lantas menyebabkan diri sendiri kufur terhadap nikmat-nikmat Allah. Nikmat yang diberikan oleh Allah kepada nya seringkali tidak mencukupi dek kerana seringkali membandingkan diri dengan yang lebih hebat daripadanya.

Continue reading ‘Bersyukur Memundurkan Ummah?’

23
Nov
09

Kubur Oh Kubur

By: Bashariah

“Mengapa saudara menangis di kubur ibu saya?”

“Kubur ibu saudara?!!” Jeng jeng jeng…Kassim Selamat benar-benar terkejut.  Masih ingatkah kamu semua pada dialog dalam filem Ibu Mertuaku ini? Ingat? Bagus.. Kali ini topik yang akan disentuh bukanlah berkenaan dengan Selamat, Ibu atau Mertuanya, tetapi mengenai KUBUR.

Selain lemang, ketupat dan rendang, ada satu lagi perkara yang cukup sinonim dengan Hari Raya iaitu amalan menziarah kubur kaum keluarga dan sanak saudara. Tatkala kaki kita melangkah menuju ke kubur ayah, ibu ataupun saudara, apakah niat sebenar kita ke situ? Ada yang akan menjawab, “Saya ikut mak je,” ada juga yang akan menjawab, “Saya rindu pada ayah saya, dia dah meninggal, jadi saya lawat kubur die,” Tapi apa yang paling ditakuti jika ada yang menjawab, “Ni dah memang amalan keluarga saya sejak dulu lagi, lagipun hari raya adalah hari terbaik untuk lawat kubur,”. Jika ada yang berniat begini, ataupun seakan-akan sama maksud, NAUZUBILLAH! Ingin ditegaskan bahawa tiada langsung penetapan waktu-waktu tertentu untuk melawat kubur, bahkan pada mulanya, Rasulullah SAW melarang para sahabat  melawat kubur atas alasan akidah yang masih belum betul-betul kukuh. Bimbang juga akan menimbulkan kesedihan terutamanya pada kaum wanita. Tapi, setelah beberapa lama, ia dibenarkan berdasarkan dua hadis di bawah, tetapi kita boleh melawat kubur pada bila-bila masa.  Bukan pada hari raya sahaja.  TIADA istilah waktu sunat atau afdhal untuk melawat kuburan.

Continue reading ‘Kubur Oh Kubur’

22
Nov
09

Bunuh atau Selamatkan-Mana pilihan anda?

Katakan anda seorang lelaki dan anda berkahwin dengan seorang perempuan. Hidup anda bahagia dengannya sehinggalah anda terambil sebiji batu di atas gunung Himalaya. Penunggu batu itu mula mendatangi anda setiap malam.Hidup anda tidak tenteram.

Akhirnya, selepas memberanikan diri bertemu secara lansung dengan penjaga batu tersebut.

“Wahai penunggu,keluarlah engkau!”

Maka si penunggu batu itu pun keluar dengan wajah yang sangat menakutkan.

“Jangan ganggu aku dan keluarga aku lagi,pergi kau dari sini!”

Lalu si penunggu mula membuka perjanjian, “aku boleh pergi dari sini tapi dengan syarat, aku inginkan nyawa isterimu sebagai tebusan. Jika itu bukan pilihan mu,aku tetap boleh pergi dari sini tapi nyawa mu menjadi tebusan.”

Continue reading ‘Bunuh atau Selamatkan-Mana pilihan anda?’

18
Nov
09

Menjadi Super Saiya!

Sabda Rasulullah, “akan ada di akhirat esok,segolongan manusia yang tinggi makamnya sehingga dicemburui oleh para ambiyat dan para syuhadah.”Lalu seorang Arab Badwi bangun bertanya, “khabarkan kepada kami sifat golongan itu supaya kami dapat mengenali mereka.” Lantas Rasulullah menjawab, “mereka adalah berlainan kaum(bangsa) tetapi duduk berkasih sayang kerana Allah. Mereka itu cahaya dan daripada mereka juga cahaya.”

“Mereka itu cahaya dan daripada mereka juga cahaya,faham?”Soal Abang Kucai.

Tanpa berlengah masa,abang Kucai meneruskan percakapannya, “mereka itu cahaya dan bawah mereka tu pom cahaya..cahaya atas cahaya…nur ala nur…so,mereka ni super saiya!”

Semua yang mendengar tergelak.

Abang Kucai menyambung lagi, “jadi sape faham hadis ni?”

Taqi selaku pembuka bicara mula berkata-kata, “ukhwah tu penting….(bla,bla,bla…)”

“Btol da tu tapi tu jawapan skema,kite nak jawapan yang tak skema tp tepat,”ujar Abang Kucai.

“Supaya menjadi Super Saiya!”Beritahu saya secara spontan.

_________________________

Continue reading ‘Menjadi Super Saiya!’

11
Jun
09

hamba lemah tuan…

Kejatuhan umat Islam sekarang kerana gagalnya kita dalam mengambil Islam secara keseluruhan.Kita asyik bercakap tentang solat berjemaah,couple dan aurat sehingga kita lupa dasar kepada agama.Sebelum kapal berlayar lebih jauh,ana ingin bertanya apakah itu dasar agama?Jika antum tahu, Alhamdulillah dan dan jika antum tidak tahu,juga Alhamdulillah kerana selepas membaca artikel ini,antum akan tahu,insya Allah.Saban hari kita diingatkan bahawa ‘awaluddin makrifatullah‘ yang bermaksud ‘awal agama ialah mengenal Allah’, persoalannya,macamana kita ingin kenal Allah sedangkan Allah sendiri kita tidak dapat lihat dan tidak dapat sentuh?

Continue reading ‘hamba lemah tuan…’

11
Jun
09

Santai:Kesudahan Sang Kancil dan Sang Gajah

Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;

“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.

Continue reading ‘Santai:Kesudahan Sang Kancil dan Sang Gajah’




Kenali Az-Zariyat

Az-Zariyat merupakan sebuah buletin yang diterbitkan di UNiSEL Shah Alam oleh para pelajar Japanese Associates Degree Programme. Buletin yang diterbitkan dua minggu sekali ini, merupakan satu medium untuk menyampaikan berita, informasi, dan pengumuman kepada para pelajar. Walaubagaimanapun, objektif utama penerbitan Az-Zariyat ini adalah bertujuan memupuk dan membina jati diri, rohani, dan intelektual golongan remaja, khususnya pelajar.

Renungkan Sejenak…

Cinta layaknya seperti seekor rama-rama. Semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka. Siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan untukmu

Perhatian

Perhatian kepada semua pembaca,anda dibenarkan untuk menyalin dan menyebarkan sebarang artikel yang dikeluarkan oleh Azz.Wordpress dan kami mengharapkan kredit diberikan kepada laman blog. Harap Maklum.

Arkib

Kategori

Siapa sedang baca?

website stats

Blog Stats

  • 28,329 pengunjung